Gelam wangi
Gelam wangi

Gelam wangi

Pokok gelam wangi[2] atau lebih dikenali dengan nama Tea tree, nama saintifik; (Melaleuca alternifolia) dipercayai berasal dari benua Australia. Ia juga muncul di bahagian pesisir pantai utara dan kawasan rentang yang bersebelahan dengan New South Wales. Tanaman bersifat saka ini boleh hidup subur di kawasan beriklim tropika. Ia tumbuh subur berhampiran kawasan terusan air dan kawasan paya mendatar, dan ia merupakan tumbuhan dominan yang biasanya muncul.Ia merupakan tanaman jenis berkayu dengan ketinggian 4-7 m. Kulitnya menyerupai kertas dan boleh disiat dalam bentuk kepingan.Daunnya kecil tersusun berlingkar di sepanjang ranting. Di akhir ranting dahan terdapat kuntum bunga yang berwarna putih.Setiap lengainya mempunyai tiga ruang, bersaiz lebih kurang 3 mm panjang. Ianya boleh menghasilkan antara 100 hingga 150 biji benih yang kecil dan keras berwarna coklat.Minyak pati tea tree ini di hasilkan dengan cara menyuling daun segar selepas sahaja dituai.